Assalamualaikum wbt.....
Hrmmm...hari nie dah masuk 3hb 3 tahun 2012...cepat sungguh masa berlalu,kan?
Rasa macam semalam baru kita menjalani bilah bilah hari di tahun baru 2012....dan saya..yang sebelum nie saje2 je nak menulis dalam blog still lagi 'menghidupkan'blog nie walaupon ntah pape yang saya tulis...mungkin ada kelapangan dan rase nak menulis tu ade kot..hihi..Alhamdulillah,masih lagi di beri kesempatan oleh-Nya untuk terus menjalani kehidupan diatas muka bumi ini... :) hampir seminggu jugak dilanda demam+batuk+selsema...syukur kepadaNya.
Baiklah,berbalik kepada tajuk entri saya yang baru ni..tiba-tiba rase nak bercakap mengenai "cinta jarak jauh"..hrmmm,cinta jarak jauh memang sukar,tapi jangan jadikan jauh itu sebagai satu penghalang dalam hubungan.Jauh itu bukan lah satu benda yang tidak elok bagi saya cuma ia merupakan satu cara untuk membina kasih sayang antara saya dan dia dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.Kata orang, kalau masih sayang, semua terpahat di hati. Kalau sayang itu sudah lari, maka hanya air mata menemani diri. Maka jangan sekali-kali membiarkan perasaan sayang dan cinta itu berlalu pergi.
Saya juga tak terkecuali dalam melalui hubungan cinta jarak jauh ini..Bermacam macam perkara yang merunsingkan,menyedihkan dan memeningkan saya bila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini.Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya dan dia hadapi.
Disini saya selitkan rahsia perhubungan bahagia yang patut bagi saya dan dia dan bagi sesiapa yang turut ada dalam situasi cinta jarak jauh ini.
1) Sifat jujur dan ikhlas terhadap pasangan
- Ini mungkin nampak senang. Tapi jujurkah anda sekiranya anda keluar bersama teman-teman berlainan jantina (mungkin kemana-mana sahaja) tapi dalam masa yang sama anda memberitahu pasangan “Saya keluar bermain futsal dengan housemates saya”. Mungkin tujuan anda untuk mengelakkan salah faham antara pasangan, jadi di sinilah pula perlunya sifat ikhlas itu. Tunjukkan anda ikhlas terhadap sesebuah perhubungan itu dengan bersikap jujur terhadap pasangan.
2) Jauhi cemburu buta terhadap pasangan
- Saya akui setiap insan yang lahir dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai, dan salah satunya perasaan cemburu. Tidak salah untuk cemburu (saya sangat yakin dengan kenyataan ini!) namun sejauh mana atau sedalam mana cemburu itu, kita perlu nilai kembali. Kalaulah cemburu anda itu bertempat, boleh membuahkan bunga cinta yang makin mendalam, tiada salahnya. Malah saya mengesyorkan ianya diteruskan. Tapi janganlah cemburu sampai membuatkan pasangan anda berasa terkongkong dengan sikap anda itu. (Bersederhana itu kan lebih baik…)
3) Bertanya khabar dan berkongsi cerita
- Amalkan sikap saling bertanya-khabar di antara pasangan. seperti mana kita bertanya-khabar dengan orang tua kita, lakukan perkara yang sama terhadap pasangan. Selain itu jangan lupa berkongsi cerita dengan mereka. Tidak kisah la apa cerita atau berita sekalipun, kadang-kala cerita kita itu mampu membuatkan mereka tersenyum.
4) Selalu ungkapkan perasaan sayang/cinta terhadap pasangan
– Ada orang mengatakan perasaan sayang itu tidak perlu diluahkan, kerana boleh dilihat dari tingkah-laku pasangan. Maka kalau berjauhan pula, bagaimana mahu ditunjukkan? Oleh itu, ucapan I Love You, I Miss You, akan sentiasa menjadi ucapan keramat yang dinantikan oleh pasangan yang tinggal berjauhan. Percayalah, ucapan yang mesra seperti itu (atau apa2 ucapan yang anda suka) membuatkan hubungan antara pasangan lebihbermakna dan diri akan sentiasa rasa dihargai.
Hrmmm...sekadar berkongsi..tak salah,kan? :)
Jauh atau dekat bukan penghalang bagi memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Semoga perhubungan yang suci itu akan sentiasa diredhai dan dipayungi rahmat Ilahi. Ameenn…
One of the best moment in life is when you find a shoulder to cry and a pair of ears to listen!



kejujuran perasaan amat penting.
ReplyDeleteHonesty is the only way with anyone, when you'll be so close as to be living inside each other's skins
tapi kadang-kadang ade jgk yang menyembunyikan kejujuran semata-mata utk elak pergaduhan
Delete