Saturday, 17 March 2012

cinta hati saya... :)

Aisyah Hana-1st niece in my family



my siblings~ude..najah..n the cutiest one betty
Ilham Najmi~1st grandson .. :)
My sis..kak ayu hok koya udoh walaupon comam  
Ngeh3...En.Paeh saya pon ade....

fasa baru dalam hidup....

Assalamualaikum wbt....
huhuhu....my new life will start on 20.3.2012...
inilah die fasa bekerja @carik rezeki@makan gaji....hehe~berakhirlah penantian aku selama 8bulan...hukhuk...
sangat2 bersyukur kepadaNya atas rezeki di tahun baru ini..sesi menjadi penganggur terhormat akhirnya tamat jgk.Saat mendapat berita yang group 1/09 akan menjadi seorang penjawat awam,hati nie dok berdegup laju..dapat ke aku menjadi seorang penjawat awam yang baik??dapat ke aku melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi??semua tu dah berlegar dalam kepala nie..takut..takut..dah la 8bulan menganggur,mesti..confirm sume skill mase blajar dulu dah tak berape nak lekat dah dalam kepala otak yang memang sedia selow melow nih..
2minggu lepas,dapat je surat tawaran SPA..pergh..berdebar2 dah jantung aku nih..pastu kecoh plak pasal penempatan posting..alahaii..lagi la berdebar2..mintak2 la dapat selangor..dok doa dalam hati..alhamdulillah..dapat gak Selangor.Terus call en.Paeh saya..terdiam dia,xtau nak cakap ape@mungkin dia bz ngan keje kat ofis tu kot..tp,pas je off call en.Paeh msj..."abg xtau nk ckp ape..xbleh nak fkir pape dah..anyway tahniah syg.. :)
En.Paeh saya ;)

 minggu lepas la paling sibuk..sume benda nak kena settle cepat2 sebelum tarikh lapor diri..huh!stress jgk la sume benda nak cepat...medical check up,akuan sumpah...shopping barang nk bawak g lapor diri...alahaiii..serabut!naseb bek uniform dah settle thun lepas lagi..lau x,kelam bin kabut laa..just carik tudung ngan kasut putih saje..:) makasih ye abah..sponsor tuk sume barang2 lapor diri nanti..al maklum laa penganggur..mane la ade duit..miskin hina tau.
Lepas je bonda ngn ayahandaku dapat tau lastly anak dara die ni dapat posting,sibuk la dieorang nak buat kenduri kesyukuran+solat hajat...kecik2 kenduri ni pon tumbang jgk la ayam kampung kesayangan abah 8 ekor+7 ekor ayam kat pasar+daging lembu ntah brape kilo aku pon xtau sebab masa orang dok sibuk ngan kenduri aku bawak diri g medical checkup..
Nie la Nek Awe saya..comey x?haha..
Huhu....punye la malas nak packing barang,esok lusa nak berangkat baru aku kemas..nie pon sebab nek awe aka SITI HAWA my bff dok potpet suh kemas..ntah laaa,xtau nape rasa cam malas sangat..mungkin sebab dah lama kot dok umah..tu yang jadi tingtong kejap..xtau nak wat ape..Arghhhh!!!!jangan jadik pemalas FATIHAH!!!!!
Bile dok hitung2 hari,lagi dua hari lagi nak berangkat..huhuhu..rase macam xnak pergi je...tolong la Fatihah..jgn jadik budak2 hingusan,OK!
~SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YE,JM NURUL FATIHAH! ;)

Wednesday, 7 March 2012

~selamat hari wanita~

Allah berfirman:”Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “

  “Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakanyang seringkali datang dari anak-anaknya ”
 “Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”
 “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
 “Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”
 “Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
 “Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila pun ia perlukan.”
   “Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan,    atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada.”

Monday, 5 March 2012

::ujian hidup::

kadang-kadang,
Allah berikan kita kekurangan,
untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.
kadang-kadang,
Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,
untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.
memang sengaja,
Allah memilih kita.
kita yang tak punya itu dan ini,
dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.
kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian kekurangan,
Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.
dan kadang-kadang,
yang melukai hati,
bukan kekurangan yang kita miliki,
tapi,
keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
menghiris hati.
namun,
kadang-kadang,
kerana terbawa emosi,
kita lupa,
mereka juga adalah ujian.
bila kita mengaku redha dan ikhlas,
dengan ujian dan kekurangan,
maka adalah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,
akan membuat kita sakit hati,
membuat kita membenci dan berdendam?
astaghfirullahalazim.
moga Allah mengampuni kita.
kita yang diuji.
dia yang mengeji,
dan kita yang mungkin terlanjur membenci.

(via tersenyum-melihat-langit)

Sunday, 4 March 2012

~sedih tapi kena kuat!!~


                                                         Sedih tapi kena Kuat!!
When you walk, through the storm
Hold you head up high
And don't be afraid , Of the dark
At the end of the storm, is a golden sky
And sweet silver song of our love
Walk on, through the wind
Walk on, through the rain
Though your dreams be tossed
With hope in your heart
And you'll never walk alone
                                                       You'll never walk alone.... :'(

Friday, 2 March 2012

cinta jarak jauh...

Assalamualaikum wbt.....
Hrmmm...hari nie dah masuk 3hb 3 tahun 2012...cepat sungguh masa berlalu,kan?
Rasa macam semalam baru kita menjalani bilah bilah hari di tahun baru 2012....dan saya..yang sebelum nie saje2 je nak menulis dalam blog still lagi 'menghidupkan'blog nie walaupon ntah pape yang saya tulis...mungkin ada kelapangan dan rase nak menulis tu ade kot..hihi..Alhamdulillah,masih lagi di beri kesempatan oleh-Nya untuk terus menjalani kehidupan diatas muka bumi ini... :) hampir seminggu jugak dilanda demam+batuk+selsema...syukur kepadaNya.
Baiklah,berbalik kepada tajuk entri saya yang baru ni..tiba-tiba rase nak bercakap mengenai "cinta jarak jauh"..hrmmm,cinta jarak jauh memang sukar,tapi jangan jadikan jauh itu sebagai satu penghalang dalam hubungan.Jauh itu bukan lah satu benda yang tidak elok bagi saya cuma ia merupakan satu cara untuk membina kasih sayang antara saya dan dia dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.Kata orang, kalau masih sayang, semua terpahat di hati. Kalau sayang itu sudah lari, maka hanya air mata menemani diri. Maka jangan sekali-kali membiarkan perasaan sayang dan cinta itu berlalu pergi.
Saya juga tak terkecuali dalam melalui hubungan cinta jarak jauh  ini..Bermacam macam perkara yang merunsingkan,menyedihkan dan memeningkan saya bila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini.Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya dan dia hadapi.


Disini saya selitkan rahsia perhubungan bahagia yang patut bagi saya dan dia dan bagi sesiapa yang turut ada dalam situasi cinta jarak jauh ini.
1) Sifat jujur dan ikhlas terhadap pasangan
- Ini mungkin nampak senang. Tapi jujurkah anda sekiranya anda keluar bersama teman-teman berlainan jantina (mungkin kemana-mana sahaja) tapi dalam masa yang sama anda memberitahu pasangan “Saya keluar bermain futsal dengan housemates saya”. Mungkin tujuan anda untuk mengelakkan salah faham antara pasangan, jadi di sinilah pula perlunya sifat ikhlas itu. Tunjukkan anda ikhlas terhadap sesebuah perhubungan itu dengan bersikap jujur terhadap pasangan.
2) Jauhi cemburu buta terhadap pasangan
- Saya akui setiap insan yang lahir dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai, dan salah satunya  perasaan cemburu. Tidak salah untuk cemburu (saya sangat yakin dengan kenyataan ini!) namun sejauh mana atau sedalam mana cemburu itu, kita perlu nilai kembali. Kalaulah cemburu anda itu bertempat, boleh membuahkan bunga cinta yang makin mendalam, tiada salahnya. Malah saya mengesyorkan ianya diteruskan. Tapi janganlah cemburu sampai membuatkan pasangan anda berasa terkongkong dengan sikap anda itu. (Bersederhana itu kan lebih baik…)
3) Bertanya khabar dan berkongsi cerita
- Amalkan sikap saling bertanya-khabar di antara pasangan. seperti mana kita bertanya-khabar dengan orang tua kita, lakukan perkara yang sama terhadap pasangan. Selain itu jangan lupa berkongsi cerita dengan mereka. Tidak kisah la apa cerita atau berita sekalipun, kadang-kala cerita kita itu mampu membuatkan mereka tersenyum.
4) Selalu ungkapkan perasaan sayang/cinta terhadap pasangan
– Ada orang mengatakan perasaan sayang itu tidak perlu diluahkan, kerana boleh dilihat dari tingkah-laku pasangan. Maka kalau berjauhan pula, bagaimana mahu ditunjukkan? Oleh itu, ucapan I Love You, I Miss You, akan sentiasa menjadi ucapan keramat yang dinantikan oleh pasangan yang tinggal berjauhan. Percayalah, ucapan yang mesra seperti itu (atau apa2 ucapan yang anda suka) membuatkan hubungan antara pasangan lebihbermakna dan diri akan sentiasa rasa dihargai.

Hrmmm...sekadar berkongsi..tak salah,kan? :)




 Jauh atau dekat bukan penghalang bagi memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Semoga perhubungan yang suci itu akan sentiasa diredhai dan dipayungi rahmat Ilahi. Ameenn…


One of the best moment in life is when you find a shoulder to cry and a pair of ears to listen!

Wednesday, 15 February 2012

::muhasabah diri::

 "Men want respect and appreciation in a marriage. Women want to be loved. Without respect, he reacts, without love, she reacts, without respect, he reacts, without love, she reacts without respect. Its a never ending cycle. Guys, show your ladies some love. Gals, show your men the respect and appreciation they deserve, and vice versa." -Imam Yaseen (Local American Imam)
~hmmm...ayat di atas nie tetibe je wt saya tertarik hati nak menulis malam nie...tibe-tibe rase tersentap ngan ayat yang pendek nie,tapi mengandungi maksud yang amat mendalam.. 
Saya tahu setiap pemuda mahu wanita yang didampinginya yakni isteri yang boleh memberikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan rumah tangganya. Maka sesuailah wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, baik akhlaknya, budi pekertinya, dan bicaranya.Begitu juga sebaliknya...perempuan yang bergelar seorang isteri juga mahu seorang lelaki yakni suami yang mampu membimbing mereka ke jalan yang diredhaiNya.

---Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"




  Dear Future Husband  
Saya tidak mahu menjadi teman wanita awak. Saya hanya mahu menjadi  isteri kamu. Kehadiran aawk akan memberikan saya kebahagiaan. Awak akan menjadi putera halal kepada saya. Menunggang kuda taqwa awak. Memegang Al-Quran di tangan kanan dan Sunnah di sebelah kiri awak.Jadi saya akan menunggu dengan izin Allah. Hati saya milik kepada Allah swt dan hanya Allah. Awak akan hilang dalam-Nya untuk mencari saya dan masih akan mempunyai berhak menjadi selain hati saya. Hanya melalui-Nya. Apa yang saya cuba untuk mengatakan bahawa KITA hilang dalam Dia menemui satu sama lain. Saya berharap kepada awak untuk perjalanan kita.Saya tahu saya boleh ~ Alhamdulilah.
 
Daisypath Anniversary tickers